PUTRAJAYA: Garis panduan bagi permohonan melaksanakan fungsi pemeriksaan berkala kenderaan bermotor boleh mula diakses bermula 15 April ini menerusi laman web rasmi Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata garis panduan itu mengandungi semua syarat-syarat perkhidmatan, prosedur pemeriksaan, peralatan pemeriksaan, syarat pengoperasian pusat pemeriksaan, perjanjian tahap perkhidmatan dan lain-lain peraturan.
Beliau berkata syarat-syarat perkhidmatan terbahagi kepada tujuh komponen utama antaranya modal berbayar syarikat ditetapkan berjumlah RM10 juta dan mempunyai modal pusingan berjumlah RM5 juta setahun demi menjaga kemampanan perniagaan.
"Pemegang lesen hanya dibenarkan menjalankan semua skop pemeriksaan yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan tidak dibenar menawarkan perkhidmatan pembaikan kenderaan motor, pengubahsuaian, penjualan alat ganti, penjualan kenderaan serta sebarang transaksi yang berkaitan demi menjaga integriti," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata lokasi pembukaan pusat pemeriksaan akan ditetapkan oleh MOT dengan setiap tawaran akan mempunyai dua lokasi merangkumi satu kawasan bandar dan satu kawasan luar bandar.
Pemohon katanya akan diwajibkan membangunkan dan mengoperasikan kedua-dua lokasi secara serentak.
Loke berkata tawaran hanya dibuka kepada syarikat yang berdaftar dan mempunyai lesen dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan daripada pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkaitan, serta syarikat tempatan itu mestilah dalam kategori sendirian berhad atau berhad.
Beliau berkata sekiranya ada syarikat asing berminat untuk menawarkan perkhidmatan berkenaan, syarikat mereka perlu diperbadankan di Malaysia atau menjalinkan usaha sama dengan syarikat tempatan.
Menurut Loke, selepas penilaian teliti, MOT dan JPJ akan memberi satu kelulusan interim kepada mana-mana pihak yang telah dinilai berkelayakan dan akan diperuntukkan hingga 24 bulan bagi tempoh persiapan dan pembangunan.
Beliau berkata mana-mana pihak yang dalam tempoh masa itu didapati gagal melengkapkan semua proses persiapan, akan dibatalkan kelulusan interim tersebut dan tidak akan diberikan lesen.
Bagi pihak yang telah berjaya melengkapkan semua proses pembangunan dan disahkan boleh mula beroperasi oleh JPJ, akan diberikan lesen menjalankan fungsi pemeriksaan kenderaan bermotor untuk tempoh maksimum 10 tahun dengan kebolehan untuk disambung bagi suatu tempoh lain yang akan ditetapkan kemudian.
"Semua pemegang lesen akan diwajibkan menyediakan perkhidmatan sepertimana yang ditetapkan di bawah syarat-syarat lesen serta dengan mematuhi lain-lain arahan yang dikeluarkan MOT atau JPJ di sepanjang tempoh lesen berkuat kuasa.
"Mana-mana pihak yang didapati gagal mematuhi syarat-syarat berkenaan akan dikenakan penalti dan boleh digantung atau dibatalkan lesen yang diberikan sekiranya terdapat pelanggaran syarat lesen," katanya menambah pemegang lesen juga akan dikenakan bayaran fi bagi setiap lesen yang dikeluarkan.
Beliau berkata semua syarat-syarat yang ditetapkan adalah bertujuan memastikan tahap integriti pemeriksaan, teratur dan berkualiti demi menjamin tahap keselamatan kenderaan dan jalan raya.
Menurut Loke, satu sesi taklimat mengenai syarat-syarat pelesenan dan segala yang berkaitannya dijadualkan pada 23 April depan, dan mana-mana pihak yang berminat menghadiri sesi berkenaan boleh mendaftar dengan mengakses menerusi https://bit.ly/pemeriksaankenderaan.
Pada 17 Mac lepas, Jemaah Menteri memutuskan perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan bermotor akan dibuka kepada mana-mana pihak yang layak sebaik sahaja konsesi Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), tamat pada 31 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024
Loke berkata garis panduan itu mengandungi semua syarat-syarat perkhidmatan, prosedur pemeriksaan, peralatan pemeriksaan, syarat pengoperasian pusat pemeriksaan, perjanjian tahap perkhidmatan dan lain-lain peraturan. -Gambar fail
16 nyawa terkorban di India dan Bangladesh akibat puting beliung
Sekurang-kuranganya 16 dilaporkan terkorban sementara jutaan terjejas akibat terputus bekalan kuasa susulan angin kencang dan hujan lebat mencetuskan taufan besar pertama tahun ini, melanda pantai India dan Bangladesh pada Isnin.
Dua pegawai kanan polis didakwa terima rasuah RM.125 juta
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Selasa.
Kalau ada perkembangan saya akan maklumkan - TPM
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri akan memaklumkan perkembangan terbabit jika ada sebarang maklumat terbaru.
Kod QR pelepasan Imigresen di BSI, KSAB akan dimuktamad
Penggunaan kod QR di BSI dan KSAB antara pendekatan dalam menangani kesesakan di sempadan Malaysia-Singapura.
Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan
Seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan.
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ
Insiden tersebut dianggap sebagai tindakan ganas apabila merobohkan pagar stadium sebagai tanda ingin keluar selepas tamat perlawanan.
Apung harga diesel? Tunggu pengumuman - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan sebarang tindakan mengapungkan harga diesel mengikut harga pasaran semasa akan dilakukan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Berkat keyakinan tinggi, Jerman sasar juara Euro 2024
Jerman, mensasarkan gelaran juara Euro 2024 di hadapan peminat tempatan sebagai mercu bermain di tempat sendiri.
Isu gandar : 575 unit Chery Omoda 5 selesai jalani pemeriksaan
Sebanyak 575 unit kenderaan model Omoda 5 keluaran Chery telah diperiksa sehingga 27 Mei, jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke
TH sambut baik cadangan bina terminal khas jemaah haji, umrah
Ia sekali gus membantu melancarkan penerbangan dari Jeddah atau tempat lain dari Arab Saudi terutama apabila tiba musim haji yang memerlukan lebih banyak penerbangan tambahan.
Pesta dalam tren di luar pengetahuan MOT – Loke
KTMB telah memberikan penjelasan dan menyatakan akan lebih tegas dalam garis panduan dan acara yang akan diadakan di tren miliknya pada masa hadapan.
Memorandum bantah GIP: 'Carilah alamat betul', pesan Anthony Loke kepada Wan Fayhsal
Menteri Pengangkutan itu menegaskan, Ahli Parlimen Machang itu salah pintu jika menghantar memorandum tersebut kepada Kementerian Pengangkutan.
Malaysia beri komitmen laksana tanggungjawab Ahli Majlis ICAO - Loke
Malaysia memberikan komitmen untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai satu daripada 14 negara yang dipilih sebagai Ahli Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), kata Menteri Pengangkuta
Loke umum peruntukan RM50,000 kepada Jawatankuasa Bersama Sambutan Wesak
Loke berkata dana itu sebagai sokongan dan penghargaan beliau terhadap sumbangan masyarakat Buddha di negara ini.
Tiada perancangan wajibkan pasang 'dashcam' - Loke
Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Proses pengambilan tanah projek ECRL di Selangor berjalan lancar - Loke
Proses pengambilan tanah bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor berjalan dengan baik dan lancar, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Bas dari Thailand dibenar masuk Malaysia, perlu permit APAD - Anthony Loke
Bas dari Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia tetapi perlu membuat permohonan dengan Agensi Pengakutan Awam Darat (APAD) terlebih dahulu dan permit sementara akan dikeluarkan kepada pemohon tersebut.
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.